E-BOOK GRATIS : CHE GUEVARA DAN REVOLUSI KUBA

CHE GUEVARA DAN REVOLUSI KUBA

Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentang kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires, di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasa pemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang membawa imej Che. Di Eropa, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevara tercetak pada dada mereka.

Ernesto ‘Che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yang meninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah kampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober 1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.

Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Che berdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahi bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, dan bukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut – Fidel Castro.

Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggut tipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan pengguna yang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahami dengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butir mengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnya sesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yang difahami dan dikenali oleh semua orang.

Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu – lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk ‘Hasta Siempre’ (‘Sehingga Akhir’):

Aquƭ se queda la clara, la entraƱable transparencia,
De tu querida presencia, comadante Che Guevara
(Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hati
Kehadiran suci, komadante Che Guevara)

Lagu ini agak sesuai. Ini, dan beratus-ratus lagi lagu dan syair yang mengingati Guevara, seolah-olah berkongsi bahasa kebangkitan semula, bahasa seorang pejuang syahid yang akan hidup semula. Fotograf yang paling terkenal – badan tidak berbaju, wajah muram, mata hitam dan janggut nipis – diambil tidak lama sebelum kematiannya. Dicetak semula beriburibu kali sejak itu, ia setiap kali menjadi lebih mirip dengan gambar Nabi Isa.

Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting lagi bersejarah, gerakan anti-kapitalis baru hanya menghadapi dengan waspada pengalaman-pengalaman masa lalu yang dikotori oleh korupsi dan hipokrasi. Tradisi revolusioner benar, yang sentiasa mendesak bahawa sosialisme dan kebebasan tidak dapat dibahagikan, bahawa kuasa pekerja hanya dapat diluahkan oleh para pekerja sendiri dan bukannya oleh golongan lain bagi pihak pekerja, telah disembunyikan di bawah sisa-sisa itu.

Simbolisme Che – beret, bintang dan kain merah – adalah, jika anda mendengar dengan baik, laungan sesuatu projek lain untuk mengubah masyarakat. Projek itu sudah mempunyai sifatnya tersendiri – ia adalah pemurah hati, jujur, sanggup mengorbankan diri dan romantik. Dan ia adalah muda. Selain itu, terdapat pelbagai soalan yang belum dijawab, sambil gerakan kita mencari jalan ke hadapan.

Dalam perdebatan terbuka lagi penting ini mengenai masa depan yang kita menginginkan, Che Guevara dapat memberikan beberapa jawapan politik – selepas kita melintasi simbol tersebut dan mengkaji kehidupan dan sejarah politik sebenarnya.

E-Book Che Guevara dan Revolusi Kuba .Pdf

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "E-BOOK GRATIS : CHE GUEVARA DAN REVOLUSI KUBA"

Posting Komentar